Skip to main content
Advertisement
AUKU tidak dimansuh terburu-buru, kerangka baharu sedang dirangka - Zambry

AUKU tidak dimansuh terburu-buru, kerangka baharu sedang dirangka - Zambry

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dilaksanakan secara berfasa dan terancang bagi mengelakkan kelompangan perundangan yang boleh menjejaskan tadbir urus universiti awam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan sedang merangka akta pendidikan tinggi baharu yang lebih menyeluruh sebagai pengganti AUKU.