Konflik Asia Barat ancam keselamatan tenaga, kestabilan global - PM
Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan memuncak di Asia Barat yang berisiko mencetuskan konflik serantau dengan kesan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan sepihak sebuah negara terhadap jirannya bukan sahaja mencabar kedaulatan, tetapi turut mengancam keselamatan tenaga, kestabilan global dan prinsip undang-undang antarabangsa.