Krisis Ukraine-Rusia | Kami akan berjuang sampai menang: Rakyat Ukraine
Rata-rata penduduk di bandar Kyiv, Ukraine terpaksa mendapatkan perlindungan bawah tanah sejurus siren dibunyikan pada Ahad dan serangan terus dilancarkan Kremlin.
Penduduk Ukraine, Galyna Petrushka yang kini berada di Lviv berkongsi secara eksklusif kepada Astro AWANI bagaimana keadaan di sana.
Katanya, mereka tidak takut dan mahu berjuang bagi memastikan negara mereka tidak ditakluki Rusia.