Kuala Lumpur bergelap satu jam sempena Earth Hour 2023
Beberapa bangunan ikonik di Kuala Lumpur memadamkan lampu selama satu jam bermula 8.30 malam tadi, simbolik meraikan Earth Hour 2023.
Antara mercu tanda yang turut sama bergelap pada Sabtu malam ialah menara berkembar PETRONAS, Menara Kuala Lumpur, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Merdeka 118.