AS lanjutkan penggantungan Boeing MAX 9
Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS), melanjutkan penggantungan pesawat Boeing 737 Max Nine untuk pemeriksaan keselamatan baharu.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pihaknya akan turut mengetatkan pengawasan Boeing selepas selepas panel tingkap salah sebuah pesawat berkenaan tercabut ketika melakukan penerbangan merentasi Oregon.