Lelaki diberkas selepas dikejar Polis hampir sejam
Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis selepas cuba melarikan diri di Kuching awal pagi tadi. Suspek ditahan selepas polis mengejar kenderaan suspek hampir sejam bermula di Kota Samarahan dan berakhir di lorong 6, Stampin Tengah, Kuching.