Lelaki maut dihempap lori dipandu
Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas dihempap lori yang dipandunya di tapak pembinaan Antara Gapi, Hulu Selangor. Mangsa, yang bekerja sebagai pemandu lori selama dua tahun, tidak sempat menyelamatkan diri ketika lori 10 tan yang membawa muatan tanah tiba-tiba condong ke sebelah kanan.