Skip to main content

Malaysia

Lelaki tempatan ditahan, tujuh warga Myanmar tanpa dokumen sah

Upah RM300 bagi setiap individu dipercayai menjadi habuan seorang lelaki tempatan yang ditahan polis selepas disyaki membawa tujuh PATI dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur. - Foto PGA
Upah RM300 bagi setiap individu dipercayai menjadi habuan seorang lelaki tempatan yang ditahan polis selepas disyaki membawa tujuh PATI dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur. - Foto PGA

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama tujuh individu dipercayai warga Myanmar tanpa dokumen sah di Jalan Sungai Terah, Gua Musang.
  • Kenderaan Perodua Aruz dan telefon bimbit dirampas, dengan siasatan awal mendapati mereka dibawa dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan bayaran RM300 seorang.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Advertisement

KOTA BHARU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama-sama tujuh individu dipercayai warga Myanmar, yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri sah dalam pemeriksaan sebuah kenderaan di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata tangkapan dilakukan kira-kira 10.50 pagi, selepas anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, mengesan sebuah Perodua Aruz dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kenderaan itu, dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun dengan membawa tujuh penumpang dipercayai warga Myanmar, terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 39 tahun.

Advertisement

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan, manakala sebuah Perodua Aruz dan telefon bimbit turut dirampas untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengambil kesemua warga asing itu di sekitar Pasir Mas, untuk dibawa ke Kuala Lumpur dengan bayaran RM300 seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak lain yang mungkin terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement