Lelaki miliki tangan wanita dalam pembedahan unik
Seorang lelaki di India boleh disifatkan sebagai istimewa kerana dia berjaya menempuhi pembedahan yang unik dan jarang dilakukan sebelum ini. Dalam pembedahan yang dilakukan di Hospital Sir Ganga Ram di New Delhi baru-baru ini, lelaki berkenaan kini dilengkapi dengan lengan yang pada asalnya milik seorang wanita.