Lesen Memandu | Sindiket dalangi cara dapatkan lesen tanpa ujian
Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ nafi wujud cara mendapatkan lesen memandu yang sah tanpa melalui ujian memandu.
Ia berikutan banyak aduan yang diterima berkenaan tawaran perkhidmatan seperti itu menerusi iklan di media sosial.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, iklan itu dipercayai didalangi sindiket dan ianya palsu.