Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan kegiatan warga asing yang menyamar sebagai ‘doktor’ dan menawarkan rawatan tanpa lesen selepas menggempur sembilan lokasi di sekitar Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin. Seramai 18 individu ditahan, manakala pelbagai ubat tidak berdaftar tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan turut dirampas.