Malaysia, ASEAN terima manfaat dari ketegangan ekonomi dunia
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.
Namun, ia kini berada pada tahap yang lebih kritikal, sekali gus menuntut Malaysia dan ASEAN untuk mengatur langkah dengan lebih berhati-hati.