Malaysia | Terus perjuang isu penting di peringkat global
Malaysia akan terus memperjuang isu penting di pelbagai forum antarabangsa terutamanya yang berkaitan penindasan rakyat Palestin, situasi di Myanmar, ekonomi negara membangun dan reformasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan misi mengetengahkan isu terbabit di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 berjaya.