Malaysia, Turkiye setuju kukuhkan kerjasama bidang pendidikan tinggi - Zambry
Malaysia dan Turkiye bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kerja Khas Bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menyatakan bahawa mesyuarat pertama jawatankuasa ini mencapai kata sepakat untuk memperluaskan perbincangan dan kerjasama dalam aspek yang membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara.