MBOT daftar lebih 107,000 teknologis dan juruteknik
Sehingga Oktober 2025, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mendaftarkan seramai 107,423 individu sebagai Teknologis dan Juruteknik merangkumi 24 bidang teknologi, sekali gus memperluaskan skop pengiktirafan kepada bidang teknologi baharu muncul yang merentas pelbagai sektor.
