MCMC, PDRM kaji keperluan tubuhkan unit khas teliti isu 3R
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu unit khas bagi meneliti kes-kes berkaitan dengan isu 3R (kaum, agama, raja) yang sering dimainkan semasa tempoh kempen Pilihan Raya Negeri.