Skip to main content

Dunia

EU tolak draf teks COP31 kerana tiada tujukan mengenai bahan api fosil

Timbul persoalan sama ada delegasi pada persidangan tahun ini masih mampu capai kata sepakat berhubung dokumen akhir bagi menggariskan pelan tindakan mengurangkan kesan pemanasan global. - Gambar fail
Timbul persoalan sama ada delegasi pada persidangan tahun ini masih mampu capai kata sepakat berhubung dokumen akhir bagi menggariskan pelan tindakan mengurangkan kesan pemanasan global. - Gambar fail
Advertisement

ANTALYA: Kesatuan Eropah (EU) menolak draf terkini deklarasi akhir persidangan iklim COP31 di Turkiye berikutan ketiadaan rujukan jelas mengenai bahan api fosil dalam dokumen berkenaan, kata Menteri Iklim Ireland Darragh O'Brien pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengumuman oleh Ireland, yang kini memegang jawatan presiden bergilir EU, meningkatkan lagi keraguan sama ada delegasi pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini masih mampu mencapai kata sepakat berhubung dokumen akhir bagi menggariskan pelan tindakan mengurangkan kesan pemanasan global.

Masa semakin suntuk dengan persidangan COP tahun ini, yang sepatutnya berakhir pada Jumaat lepas, kini menjadi sidang kemuncak perubahan iklim paling lama berlangsung apabila rundingan masih diteruskan sehingga petang Ahad.

Advertisement

Rasa tidak puas hati semakin memuncak dalam kalangan beberapa negara terhadap draf deklarasi terkini yang diedarkan oleh Presiden COP, yang tidak menyatakan secara jelas pelan untuk menamatkan penggunaan minyak, gas dan arang batu secara berperingkat – tuntutan yang berdepan tentangan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.

"Adalah tidak masuk akal untuk kita mempunyai akta iklim yang langsung tidak merujuk kepada bahan api fosil, mahupun sebarang rujukan untuk beralih daripada penggunaan bahan api fosil," kata O'Brien.

Advertisement

--BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement