'Minor Stroke' | Keadaan Norazam terkawal dan masih sedarkan diri
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke hospital selepas diserang 'minor stroke' akibat keletihan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor pada Isnin, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 6 petang.