MOSTI | RM15 juta dana tambahan bagi Penjujukan Genom COVID-19
Kerajaan meluluskan dana tambahan sebanyak RM15 juta di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi membiayai projek Penjujukan Genom Virus SARS-CoV-2.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi satu kenyataan memaklumkan, ini bagi memperkukuh ekosistem sokongan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.