MOT mahu pinda Akta 333, pastikan pemandu positif dadah tidak terlepas
Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam tahun ini bagi membolehkan mereka mendakwa dan menghukum pemandu yang positif dadah.
Menterinya Anthony Loke berkata, undang-undang sedia ada tidak membolehkan penguatkuasaan dilakukan terhadap golongan pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.