MRT3 | Cadangan awal laluan tidak masuk akal - Maria Chin
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menyifatkan cadangan awal laluan lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3) melalui Bukit Gasing adalah tidak masuk akal.
Ini kerana laluan tersebut bukan kawasan perumahan berpenduduk tinggi dan kurang menghadapi isu mobiliti, selain boleh menyebabkan kemusnahan satu lagi hutan simpanan.