Musim Haji | Pemandangan kota suci Makkah dari ruang udara
Wartawan antarabangsa diberi peluang melakukan penggambaran dari ruang udara untuk melihat pemandangan sekitar kota suci Makkah.
Jurukamera Astro AWANI, Mat Ruzi Mat Saman merakamkan detik indah itu menerusi penerbangan helikopter mengelilingi Masjidil Haram dan kawasan Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Ikuti laporannya bersama Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.