MySejahtera | Siasatan komprehensif perlu digerakkan - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan, ia bagi merungkai ketelusan dan melindungi data peribadi rakyat Malaysia daripada watak-watak tamak yang hanya mahu mencari keuntungan.