Skip to main content

Dunia

Gibran dilapor letak jawatan Naib Presiden

Lapor media tempatan republik itu, perkara berkenaan disahkan ahli politik dan bekas menteri, Budi Arie Setiadi. - Reuters
Lapor media tempatan republik itu, perkara berkenaan disahkan ahli politik dan bekas menteri, Budi Arie Setiadi. - Reuters
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gibran Rakabuming Raka dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Indonesia, hari ini (11 November).

Lapor media tempatan republik itu, perkara berkenaan disahkan ahli politik dan bekas menteri, Budi Arie Setiadi.

“Betul,” kata Budi ketika ditanya bagi mengesahkan perkara itu.

Advertisement

Menurut media tempatan, beliau turut mengesahkan bahawa Gibran menyatakan keputusan itu kepada Presiden Prabowo Subianto sejurus beliau tiba dari Aceh dalam rangka lawatan kerja di Pangkalan Tentera Udara, Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Gibran dilapor dijangka mengumumkan keputusan itu secara rasmi pada Khamis (12 November).

Advertisement

Sebagai konteks, isu peletakan jawatan Gibran mendapat perhatian media republik berkenaan dan antarabangsa.

Perkara itu bermula selepas Mahkamah Perlembagaan Indonesia (MK) mendapati tiada bukti bahawa Gibran memiliki kelulusan pendidikan setaraf sekolah menengah atas (SMA) atau yang setaraf dengannya bagi pencalonan sebagai Naib Presiden.

 

Must Watch Video

Advertisement