Nahas Pennsylvania | Tiga maut, 10 cedera kemalangan libatkan lebih 50 kenderaan
Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania.
Bagaimanapun menurut Koroner Daerah, Dr David J. Moylan, kerja-kerja menyelamat masih belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.