Novo Nordisk lancar Wegovy, rawatan baharu perangi obesiti
Novo Nordisk secara rasmi melancarkan Wegovy®, rawatan suntikan mingguan yang meniru hormon semula jadi GLP-1 bagi membantu mengawal selera makan dan rasa lapar sekali gus menyokong diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal dalam pengurusan berat badan, termasuk penurunan dan pengekalan berat badan.
