OIC adakan mesyuarat tergempar konflik Gaza Rabu ini
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan itu, Rabu ini bagi menangani situasi ketenteraan yang semakin meruncing dan ancaman terhadap orang awam di Gaza.