Trump, Anwar dijadual adakan mesyuarat
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan mesyuarat dua hala serta majlis menandatangani perjanjian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad ini.
