OP Saji | 63 syarikat seleweng subsidi minyak masak
63 syarikat dikesan menjalankan kegiatan penyelewengan subsidi minyak masak membabitkan cukai tidak berbayar sebanyak RM200 juta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi.
Katanya daripada jumlah tersebut, 44 syarikat kurang lapor pendapatan, sementara 19 lagi tidak mempunyai fail cukai.