Operator kren meninggal dunia di atas menara setinggi 45 meter di Johor Bahru
Seorang operator menara kren, Muhamad Aliff Ishak, 33 tahun, meninggal dunia ketika bertugas di tapak pembinaan Residensi Puncak Austin, Johor Bahru. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kabin kren pada ketinggian 45 meter dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa turun oleh pasukan bomba menggunakan teknik penyelamatan khas.
