Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Parlimen | Pelihara Parlimen sebagai platform martabatkan demokrasi

Parlimen | Pelihara Parlimen sebagai platform martabatkan demokrasi

Kedudukan Parlimen sebagai platform untuk memartabatkan demokrasi dalam negara perlu dipelihara dengan memaparkan kebenaran di sebalik setiap satu isu yang ditimbulkan.

Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, sekalipun ada isu yang terlalu sensitif untuk dibincang atau dibahaskan secara terbuka, masih terdapat mekanisma lain yang membolehkan platform Parlimen dimanfaatkan bagi membawa kebenaran dan menjawab semua persoalan.