Pembelian Twitter | Musk pecat lagi barisan pimpinan tertinggi
Elon Musk semalam memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah Twitter, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan gergasi media itu membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion.
Tindakan itu sekali gus menjadikan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter.