Pembentukan Kerajaan | Bersih cadang perkongsian kuasa melalui Parlimen
Perkongsian kuasa melalui Parlimen merupakan jalan yang boleh difikirkan untuk menyelesaikan kebuntuan pembentukan kerajaan ketika ini.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata ia dilihat lebih efektif berbanding kerajaan perpaduan yang dicadangkan banyak pihak kerana ia boleh memastikan elemen semak dan imbang di Parlimen yang lebih berkesan.