Pemegang lesen PSV, GDL digantung wajib hadir kursus pemulihan - JPJ
Pemegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung akan diwajibkan menghadiri kursus dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum lesen dikembalikan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif itu dijangka dilaksanakan secara rintis bermula November ini.