Pengecualian subsidi RON95 kepada T15 selepas sistem sudah mantap - PM
Pengecualian pemberian subsidi RON95 kepada golongan T15 di negara ini hanya boleh dilaksanakan selepas sistem yang digunakan hari ini berupaya beroperasi dengan lebih mantap.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian pemberian itu bagi mereka yang memperoleh pendapatan tinggi dan menggunakan kenderaan mewah.
