Peniaga diingat jangan jual gula bersyarat
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, mengingatkan peniaga kedai runcit untuk tidak menjual gula secara bersyarat, kerana tindakan itu melanggar undang-undang. Peniaga yang didapati melakukannya boleh dikenakan tindakan termasuk pemegang lesen perniagaan mereka digantung.