Perkembangan pejuang pembebasan Palestin isytihar serangan balas keatas Israel
Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam mengisytiharkan serangan balas terhadap penceroboh Israel di Palestin. Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, , Muhammad Al-Deif berkata Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.