Utara Israel teruk terima serangan balas Hezbollah
Pasukan kecemasan Israel pada Jumaat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kiryat Shmona yang teruk diserang Hezbollah. Serangan itu dilakukan menerusi serangan udara iaitu misil serta dron yang dilancarkan dari selatan Lubnan dengan sasarannya ditujukan ke bandar yang terletak di utara Israel itu.