Pertemuan Pemimpin | Putin, Jokowi bincang isu Ukraine, bekalan makanan
Situasi semasa di Ukraine dan soal bekalan bijirin dan baja susulan kekurangan bekalan makanan global antara fokus perbincangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Jokowi kini berada di Moscow, Rusia bagi lawatan kerja dua hari ke negara itu.