PM Thailand, pemimpin Kemboja lawat kawasan pertikaian di sempadan
Perdana Menteri Thailand dan bekas Perdana Menteri Kemboja mengadakan lawatan ke kawasan berbeza di sempadan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara, pada Khamis. Lawatan berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat serta krisis politik yang menggugat kestabilan kerajaan Thailand.