PRN Johor | Kempen secara puisi tarik minat anak muda
Pendekatan melalui puisi, sajak dan nyanyian semasa berkempen akan menjadi keunikan buat calon Bebas, Adzrin Adam yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa.
Katanya, usaha menerapkan seni persembahan ketika berpolitik itu mampu menarik minat anak muda dalam mendengar ceramah yang disampaikan.