Protes Anti-PBB | 3 anggota ATM di Congo selamat, telah dipindahkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat. Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Hishammuddin memaklumkan mereka telah dipindahkan dari Goma.