PRU15 | Calon luar bukan satu masalah di Sungai Besar
Calon bukan anak tempatan bukan satu masalah kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menang di kerusi Parlimen Sungai Besar.
Calon PH, Saipolyazan Mat Yusop berkata, walaupun orang luar, namun dengan pengalaman yang ada, beliau mampu memberi tawaran berbeza berbanding parti lain.