Nama sahaja tidak cukup untuk menarik undi penduduk sesebuah kawasan kerana calon akan dinilai berdasarkan keupayaannya dalam membawa isu yang dekat dengan masyarakat.
Penganalisis Politik, Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kekukuhan dan keupayaaan manifesto serta sejauh mana ia akan diperjuangkan, adalah aspek yang bakal menentukan sejauh mana seseorang calon itu berjaya meyakinkan pengundi.
Mengambil contoh penyandang kerusi Rembau yang bakal bertanding Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, Dr Ahmad Marthada menegaskan pengalamannya sebagai pemimpin merupakan satu kelebihan, namun ia bukan segala-galanya.