Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Perluaskan kaedah undi pos kepada mahasiswa

PRU15 | Perluaskan kaedah undi pos kepada mahasiswa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meluaskan kaedah undi pos kepada mahasiswa dari Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung dan sebaliknya agar proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diakses semua.

Ia sekali gus menggalakkan penyertaan puluhan ribu belia terlibat dalam melunaskan tanggungjawab dan memastikan kehadiran mereka dirasai dalam menentukan masa depan negara.