ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 November 2026.
Macron mulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia hari ini
Lawatan itu yang diadakan atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden Perancis pada Mei 2017.
Hans Isaac umum bertunang dengan ratu cantik Francisca Luhong James
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau kini selangkah ke jenjang pelamin selepas mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik, Francisa Luhong James.
Kerajaan Johor lapor akaun mencurigakan fitnah projek pembangunan, kemudahan awam
Kebanyakan hantaran dikesan menggunakan ayat serta naratif yang hampir sama, selain mendakwa kononnya wujud projek bernilai ratusan juta ringgit dan menyebut nama syarikat yang pelik serta meragukan.
ASEAN 2026: Malaysia teruskan usaha diplomasi tangani krisis Myanmar - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pendekatan ini tidak mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara, serta turut menangani isu kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia.
Keputusan pengurangan premium dibuat untuk memelihara bangunan warisan, berbanding anggaran premium asal sekitar RM4.67 juta.
Kes cederakan guru guna kapak: Pelajar 16 tahun didakwa tiga pertuduhan
Tuduhan termasuk termasuk dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap gurunya menggunakan sebilah kapak serta memiliki bahan letupan tanpa alasan yang sah.
Anwar belum putuskan rombakan Kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat keputusan berhubung kemungkinan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ahmad Zahid cadang tempoh latihan PLKN dipanjangkan, perkukuh daya tahan pelatih
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan sekurang-kurangnya 90 hari atau 180 hari bagi memantapkan daya tahan pelatih.
Malaysia kekalkan kerusi Majlis ITU dengan 145 undi
Malaysia berjaya mempertahankan kerusi Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030, selepas meraih 145 undi pada sesi pemilihan sempena Persidangan Plenipotensiari ITU 2026 (PP-26) di sini, hari ini.
Ismail Lasim letak jawatan, BN akan kemuka calon MB Negeri Sembilan baharu
Datuk Ismail Lasim memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini.