Skip to main content

Politik

Selepas 15 calon hilang deposit, parti Kancil layak 'tutup kedai' - BANGKIT

Keputusan PRN Melaka menyaksikan seramai 15 calon Parti Bersama kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi minimum. - Gambar fail/Sinar Harian
Keputusan PRN Melaka menyaksikan seramai 15 calon Parti Bersama kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi minimum. - Gambar fail/Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dijadikan batu pengukur untuk Bersama bermuhasabah dan mengambil tindakan yang betul iaitu dengan membubarkan parti tersebut agar tidak lagi membazirkan dana dan memanipulasi tenaga kerja.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, Bersama pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu wajar mengambil iktibar bahawa rakyat dari pelbagai kaum menolak politik kebencian, mengadu domba dan fitnah yang diamalkan parti tersebut sejak PRN Johor.

"Dengan keputusan PRN Melaka menyaksikan 15 daripada 16 calonnya hilang deposit maka seharusnya Rafizi dan pimpinan yang lain memahami dengan jelas mesej daripada pengundi.

Advertisement

"Janganlah membuang atau membazirkan wang dan tenaga ahli-ahli untuk mengejar cita-cita untuk membalas dendam kerana ia akan berakhir dengan perjuangan yang sia-sia selain tidak memberi manfaat kepada sesiapa jua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan seramai 15 calon Parti Bersama kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi minimum.

Advertisement

Turut mengalami nasib sama ialah lima calon Parti Bersatu dan seorang calon Pakatan Harapan (PH), menjadikan keseluruhan 21 calon kehilangan wang deposit dalam PRN tersebut.

Calon Bersama hilang deposit bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu di Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.

Mengulas lanjut, Khairul Azam berkata, rakyat kini semakin bijak untuk menilai perjuangan sesebuah parti politik selain tidak mudah terperdaya dengan sebarang kegiatan yang tidak bermoral.

Must Watch Video

Advertisement