Pusat Asuhan | Bayi tiga bulan meninggal dunia di pusat asuhan
Seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.10 tengahari oleh seorang jururawat sebuah hospital mengenai kejadian itu.