Rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai, akses penerima dipermudah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Parlimen, jumlah rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai setakat 3 Februari, berbanding hanya 700 pada 2024, dengan 3,000 daripadanya peniaga kecil.
Jarak maksimum penerima ke kedai turut dipendekkan daripada 10 kilometer kepada tujuh kilometer bagi meningkatkan akses.
