Hak kebebasan bersuara dijamin, tidak bersifat mutlak - Aaron Dagang
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan Parlimen bahawa kerajaan serius menangani sebarang ekstremisme agama yang mengancam keselamatan dan keharmonian masyarakat.
Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap individu atau kumpulan yang menghasut perpecahan atau mencabar ketenteraman awam.
